22/05/2015

Rahsia Tok Det


PUTRAJAYA: Sebagai Perdana Menteri, tugas dan tanggungjawab Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad menjaga keamanan, meninggikan taraf hidup rakyat dan mengangkat martabat Malaysia di mata dunia memang sibuk dan mencabar.

 Namun beliau tetap meluangkan masa untuk bersama keluarga. Malah
beliau ada cara tersendiri untuk mengatur hidup seharian sebagai pemimpin, suami, ayah dan datuk.

 Ramai yang ingin tahu hobi, lagu, muzik dan buku kesukaannya. Malah Dr Mahathir juga tidak keberatan menerangkan mengapa tidak suka bermain golf, harapan sempena hari jadinya baru-baru ini dan petua awet muda.

 Dalam satu wawancara khas Nuance, sisipan baru New Sunday Times (mula diterbitkan hari ini) yang diketuai Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad, Tan Sri Abdullah Ahmad dengan Perdana Menteri di Putrajaya, Isnin lalu, beliau tidak keberatan menceritakan hal peribadinya yang ramai tidak tahu.

 Dr Mahathir yang gemar membaca juga berterus terang akhbar yang
dibacanya terlebih dulu setiap pagi selain masa tidur.
 "Secara keseluruhannya, saya cuba untuk tidur enam jam, malah jika
saya ke luar negara, orang akan bertanya (bagaimana saya) boleh memulakan tugas sebaik saja tiba.

 "Saya kata, saya tidur di dalam pesawat, Malah saya lebih banyak tidur di dalam pesawat. Tiada siapa mengganggu saya, 12 jam penerbangan saya akan tidur untuk 10 jam," katanya.

0 comments:

Post a Comment