22/05/2015

Tiada Kau Berdosa' untuk Dr Mahathir

22/06/2003

Sajak `Tiada Kau Berdosa' untuk Dr Mahathir

PENGARANG Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd (NSTSB), Datuk Ahmad A Talib,
melakukan kejutan pada perhimpunan kali ini apabila mendeklamasikan sajak
khas bertajuk `Tiada Kau Berdosa' kepada Presiden Umno, Datuk Seri Dr
Mahathir Mohamad, sejurus persidangan disambung selepas rehat tengah hari
semalam.
 Dalam ucapan ringkasnya, Ahmad berkata, beliau menghubungi Setiausaha
Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakub, empat hari lalu bagi meminta izin untuk
menyampaikan sajak dan mendapat kebenaran pada keesokannya.
 "Saya berdiri di sini dalam keadaan seram sejuk kerana inilah julung
kalinya seorang wartawan diberi peluang menyampaikan sepatah dua kata
(pada Perhimpunan Agung Umno).
 "Saya menghasilkan sajak ini selepas Dr Mahathir merasmikan perhimpunan
kali ini. Ucapan itu saya simpan dengan baik dan faham kandungannya. Dr
Mahathir adalah pemimpin yang banyak memberi pimpinan, bukan saja kepada
saya, tetapi semua orang Melayu," katanya.

 Ahmad turut menghadiahkan salinan sajak itu yang dibingkai khas kepada
Dr Mahathir selepas mendeklamasikannya.

Tiada kau berdosa padaku
Tiada kau berdosa pada Melayu
Tapi ingin kutahu
Bagaimana Melayu tanpamu
Tiada kau leter tidak menentu
Tiada kau puji dengan melulu
Tiada kau marah tanpa periksa dahulu
Tiada kau tangisi tanpa sesuatu
Sebenarnya
Perdana Menteriku
Kata-katamu pedomanku
Tingkah lakumu teladan bagiku
Sebenarnya
Perdana Menteriku
Kaulah inspirasiku

0 comments:

Post a Comment