Dibuka untuk iklan 1

Malaysia Kita - www.malaysianearlyedition.blogspot.com

Dibuka untuk iklan 2

Malaysia Kita - www.malaysianearlyedition.blogspot.com

Dibuka untuk iklan 3

Malaysia Kita - www.malaysianearlyedition.blogspot.com

Dibuka untuk iklan 4

Malaysia Kita - www.malaysianearlyedition.blogspot.com

Dibuka untuk iklan 5

Malaysia Kita - www.malaysianearlyedition.blogspot.com

28/08/2015

Bersih 4.0

BERSIH

Yg terlalak menjerit berpanas berhujan = Melayu
Yg berkawal berpanas berhujan = Melayu
Yg mengejar = Melayu
Yg dikejar = Melayu
Yg menangkap & memukul = Melayu
Yg ditangkap & dipukul = Melayu
Kerajaan yg nk dijatuhkan = Melayu
Yg untung bersorak tggu nk berkuasa = ???

Tak paham2 lagi ke ?
Dah 4.0x dah nii..

05/07/2015

Rakyat Malaysia Mahu

1. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pendidikan percuma seperti di Norway – tetapi Norway mempunyai 25% GST

2. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tidak ada GST seperti di Hong Kong – tetapi Hong Kong adalah antara negara yang mempunyai ketidaksamarataan pendapatan yang paling tinggi di dunia dengan bacaan indeks Gini 0.537 berbanding dengan bacaan indeks Gini Malaysia iaitu 0.431 pada tahun 2012 (merosot daripada 0.441 pada tahun 2009)

3. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kesamarataan pendapatan yg baik seperti Denmark dengan bacaan indeks Gini 0.21 – tetapi Denmark adalah antara negara yg mempunyai harga petrol tertinggi, 1.50 Euro atau RM 6.32 per liter.

4. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga petrol terendah di dunia seperti Venezuela – tetapi kadar inflasi Venezuela adalah yg tertinggi di dunia, iaitu 62% setahun

5. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Kadar inflasi yg paling rendah di dunia seperti Jepun yg mempunyai kadar inflasi negatif selama bertahun-tahun – tetapi matawang Jepun telah jatuh kira-kira 40% berbanding Ringgit Malaysia semenjak 2 tahun yg lalu.

6. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Penukaran kadar yg tinggi seperti Singapura – tetapi Singapura mempunyai harga kereta yg paling tggi dlm dunia di mana harga sebuah kereta MyVi mencecah sehingga $87k atau RM225k berbanding di Malaysia hanya RM41k sahaja

7. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Harga kereta serendah di Brunei – tetapi Brunei tidak ada demokrasi

8. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Sedemokrasi seperti di India, yg terkenal sebagai negara demokrasi terbesar di dunia – tetapi India mempunyai kadar korupsi yg tinggi berbanding Malaysia

9. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Tiada korupsi atau 0 korupsi seperti Finland – namun Finland kini berada di ambang kejatuhan atau “lost decade” dan mengalami nilai pembangunan ekonomi negatif atau 0

10. Segelintir Rakyat Malaysia mahu Pembangunan ekonomi setinggi Myanmar yg sekarang ini sedang meningkat dgn nilai GDP melebihi 7% – namun demikian Myanmar mempunyai byk konflik agama dan bangsa dan mengakibatkan byk kematian.

*Belajar makna SYUKUR dlahir,dbesar,ddidik,dberi,mencari rezeki & berIbadah diBumi Malaysia.

Renungkan....

Wassalam

03/07/2015

Singapura putar belit kebenaran dokumen

29/01/2003 

Singapura putar belit kebenaran dokumen 

Wan Esuriyanti Wan Ahmad; Wan Hazmir Bakar 

PUTRAJAYA: Kerajaan Singapura memutarbelitkan kebenaran yang terkandung dalam dokumen yang diedarkan kepada rakyatnya berhubung perbincangan rasmi peringkat pegawai tinggi membabitkan Malaysia dan republik itu mengenai isu air. Pengedaran dokumen yang mengandungi surat perbincangan antara pemimpin kedua-dua negara bukan saja melanggar etika dan prinsip diplomatik, malah menunjukkan muslihat negara itu yang hanya mahu memburukkan Malaysia. Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata ini kerana fakta yang dibentangkan dalam dokumen itu tidak menunjukkan situasi sebenar perbincangan yang berlangsung antara kedua-dua negara. "Mereka hanya mahu menunjukkan Malaysia salah dan ingin kata, mereka (Singapura) selama ini melakukan perkara betul. "Malah saya sudah baca dokumen itu dan saya rasa banyak perkara lain yang perlu dijelaskan tetapi tidak dilakukan Singapura," katanya kepada pemberita selepas menerima 600 naskhah buku daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia di Wisma Putra, di sini semalam. Beliau mengulas penerbitan 19 surat antara pemimpin Malaysia dan Singapura antara 2000 dan 2001 oleh Singapura menerusi Singapore Straits Times, akhbar milik Singapore Press Holdings. Surat berkenaan mengatakan "bagaimana Malaysia bersetuju meningkatkan harga air daripada tiga sen kepada 45 sen bagi setiap seribu gelen air dan kemudian menukar kepada 60 sen bagi seribu gelen dengan kajian harga akan dikaji semula setiap lima tahun". Menteri Luar Singapura, S Jayakumar memberitahu Parlimen Sabtu lalu bahawa "penerbitan dokumen itu perlu bagi menjelaskan keadaan sebenar dan memberi peluang kepada orang ramai mengadili sendiri dakwaan yang dibuat Malaysia." Syed Hamid berkata, Singapura bertindak mengumpul semua bahan berkenaan selepas kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung harga air. "Tetapi cara dokumen itu dikeluarkan tidak menunjukkan perkara yang sebenar. Malah, mereka juga memetik kenyataan pemimpin Malaysia melalui surat khabar sebagai kenyataan rasmi. "Mereka tidak mendapatkan pengesahan dari Malaysia tetapi terus dengan permainan tuduh menuduh ini," katanya. Syed Hamid yang terkilan dengan tindak tanduk republik itu yang membelakangkan prinsip hubungan antarabangsa antara negara, memberi contoh hasil pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dengan rakan sejawatannya, Goh Chok Tong sebelum ini telah menetapkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan isu harga air dulu kerana isu berkenaan adalah yang paling sukar. Bagaimanapun, katanya, apabila pemimpin berkenaan pulang ke Singapura, mereka menghantar surat mengatakan perkara itu tidak disebut dalam mesyuarat berkenaan. Ditanya sama ada Malaysia akan menghantar bantahan berikutan tindakan republik itu, beliau berkata: "Tidak. Singapura adalah negara merdeka. Mereka boleh keluarkan sebanyak mana dokumen yang mereka suka tetapi ini tidak bermakna kita perlu beri maklum balas kepada semuanya." Syed Hamid turut menegaskan bahawa, kedua-dua negara memahami dan menerima bahawa Malaysia tidak akan membekalkan air kepada republik itu selepas 2061, mengikut Perjanjian Air 1961 dan 1962. "Perjanjian sehingga 2011 akan dibatalkan...tak ada sambungan dan itu sudah diterima. Perjanjian sehingga 2061 juga tidak akan disambung di bawah situasi sekarang. Tidak ada lagi yang perlu dirundingkan mengenai perkara itu kerana yang menjadi pertikaian sekarang ialah harga air," katanya. Sementara itu, Singapura meneruskan kempen yang didakwanya pendedahan kebenaran berhubung isu air dengan menyiarkan sebahagian lagi surat pemimpin kedua-dua negara semalam, selain pandangan penganalisis strategi yang membidas Malaysia dan pungutan suara rakyatnya yang menyokong tindakan kerajaan mereka.

30/05/2015

PM sokong halang Nato (HL)

PM sokong halang Nato (HL) 

Kadir Dikoh 

KUALA LUMPUR: Malaysia menyokong penuh usaha Perancis, Jerman dan Belgium menghalang rancangan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) untuk melindungi Turki yang mungkin dijadikan pangkalan tentera Amerika Syarikat bagi melancarkan serangan ke atas Iraq. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, berkata pendirian tiga negara Eropah itu jelas menentang peperangan dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian lain terhadap krisis Iraq. "Nampaknya jelas pendirian mereka menentang perang dan untuk mencari jalan penyelesaian lain terhadap masalah Iraq dan saya berpendapat, kita menyokong penuh usaha ini," katanya selepas melancarkan pembangunan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, semalam. Beliau mengulas tindakan tiga negara anggota Nato itu menghalang pelaksanaan prosedur ketenteraan Nato bagi meningkatkan pertahanan Turki jika perang dilancarkan ke atas Iraq. Tindakan itu mencetuskan kemarahan Washington dan Presiden George W Bush dalam reaksinya, menyuarakan kekecewaan serta menyifatkan langkah tiga negara itu berpandangan cetek. "Saya tidak faham mengapa mereka membuat keputusan menghalang Nato daripada membantu sebuah negara seperti Turki membuat persiapan," katanya dipetik Reuters. Bush berkata, tindakan ketiga-tiga negara berkenaan memberi kesan negatif kepada Nato. Perancis, Jerman dan Belgium berhujah bahawa persediaan mempertahankan Turki boleh dianggap sebagai menyokong tindakan ketenteraan terhadap Iraq, walaupun usaha penyelesaian secara diplomatik masih berterusan. Turki yang mungkin dijadikan pangkalan tentera Amerika Syarikat bagi menyerang Iraq dari bahagian sempadan utara, dilaporkan bimbang terhadap serangan balas jirannya itu. Di BRUSSELS, Nato sedang berusaha memecahkan kebuntuan paling besar dalam sejarah 54 tahun penubuhannya tetapi Perancis, Jerman dan Belgium tidak memberikan sebarang tanda bahawa mereka akan menyertai persiapan sekutu itu untuk melancarkan serangan ke atas Iraq, yang diketuai Amerika. Perbezaan pendapat yang serius berhubung isu Iraq menyebabkan kebuntuan itu apabila tiga negara Eropah berkenaan enggan menghantar tentera ke Turki, sebuah negara anggota Nato bagi mempertahankan negara itu daripada tindak balas Iraq jika tentera Amerika menyerang Iraq dari Turki. Tiada petanda sebarang perubahan sikap daripada Perancis, kata seorang pegawai pertubuhan 19 negara itu. "Tetapi jika hanya satu negara enggan berbuat demikian, maka kekuatannya berbeza dengan tiga negara," katanya.

29/05/2015

PM Sri Lanka anggap Dr Mahathir pemimpin contoh

10/09/2003 

PM Sri Lanka anggap Dr Mahathir pemimpin contoh 

KUALA LUMPUR: Kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad harus dikagumi dan wajar menjadi iktibar untuk dicontohi pemimpin negara membangun dan negara dunia ketiga lain, kata Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe. Beliau, yang berada di sini sempena lawatan rasmi selama dua hari mulai semalam, berkata kunjungannya ke sini memang sengaja dilakukan sebelum Dr Mahathir bersara supaya berkesempatan bertukar pendapat dengannya. "Sri Lanka berterima kasih kepada Malaysia, khususnya Dr Mahathir, yang banyak memberi sokongan kepada kami ketika menghadapi pelbagai dugaan, terutama dalam peperangan menentang gerila Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE). 

"Dalam perjumpaan kali ini kami banyak membincangkan cara membangunkan semula Sri Lanka selepas lebih 20 tahun dilanda peperangan dengan LTTE yang menuntut wilayah autonomi di bahagian utara. "Pengalaman Dr Mahathir membangunkan Malaysia sudah pasti saya manfaatkan di negara sendiri kerana terbukti berkesan," katanya pada sidang media di sini semalam. Wickremesinghe berkata, Sri Lanka kini mengecapi keamanan sejak 18 bulan lalu berikutan persetujuan gencatan senjata antara LTTE dan kerajaan dan beliau yakin ia akan berkekalan walaupun wujud beberapa masalah dalam proses damai.

Namun, katanya, setakat ini tiada pertembungan berlaku antara tentera kerajaan dan LTTE, sekali gus mewujudkan suasana sesuai bagi menarik pelaburan asing dan membangunkan sektor ekonomi yang teruk terjejas akibat perang. Antara sektor yang diminati Sri Lanka ialah pendidikan maya, pertanian dan pembangunan infrastruktur yang sifatkan sebagai pemangkin merancakkan semula kegiatan ekonomi tempatan dalam sektor lain. Sebelum bermulanya peperangan dengan LTTE, Sri Lanka adalah antara negara yang paling pesat membangun dan pernah dijadikan model oleh negara serantau, termasuk Malaysia dan Singapura. Justeru, Wickremesinghe berkata, beliau yakin Sri Lanka dapat berdiri kembali dengan bantuan rakan serantau lain seperti Malaysia dengan meningkatkan pelaburan dalam pelbagai pembangunan yang dirancang. Sehubungan itu, beliau menggesa usahawan tempatan menjalin kerjasama dengan usahawan Sri Lanka supaya pertukaran dagangan memanfaatkan keduadua negara.

28/05/2015

Usah biar generasi muda berpaksi pada budaya Barat

30/06/2003 

Usah biar generasi muda berpaksi pada budaya Barat 

Pauzi Mohd Isa 

JENAYAH terutama membabitkan pembunuhan kejam yang berlaku akhir-akhir ini membimbangkan semua pihak. Ada mangsa dibunuh, dirogol kemudian dibakar dan dicampak ke dalam longkang. Jenayah kejam seperti ini amat membimbangkan, lantas boleh menggugat keselamatan negara jika tidak dibendung. Kita hanya mampu menggelengkan kepala mendengar tragedi ini. Teguran Perdana Menteri yang kesal dengan peningkatan kadar kes jenayah kejam kebelakangan ini harus dipandang serius oleh semua pihak, terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengarahkan tindakan lebih tegas dan berkesan diambil bagi mencegah jenayah kejam untuk menjamin keselamatan orang ramai. Menyedari keadaan ini, maka tumpuan membanteras jenayah haruslah terarah kepada usaha pencegahan agar dapat dikurangkan ke tahap paling minimum. Masyarakat perlu disedarkan terhadap tanggungjawab untuk membantu polis dengan bertindak cepat membuat aduan terhadap kegiatan mencurigakan. Pelbagai faktor dilihat menyumbang kepada peningkatan kejadian jenayah. Pengaruh internet yang tidak terkawal dengan laman web lucah dan ganas; buku dan novel yang berlambak di pasaran serta filem dan drama yang lebih menjurus ke arah keganasan dan cerita berbaur seks juga boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat, khususnya remaja. Contohnya filem aksi ganas seperti Terminator 1, Terminator 2 dan Terminator 3. Pengaruh filem seperti ini sangat kuat kepada kanak-kanak dan remaja kita. Keadaan ini harus membuka minda masyarakat agar dapat mengubah mentaliti remaja hari ini agar jangan terlalu taksub dengan filem Barat. Adakah kehidupan berkualiti begini yang hendak kita berikan kepada anak cucu kita pada kemudian hari? Bersandarkan kepada kepincangan ini, maka jalan penyelesaian harus diambil demi melihat generasi penggerak wawasan kita pada hari ini tidak tergelincir daripada norma dan adat budaya Malaysia yang berpaksikan adat ketimuran dan bukannya budaya Barat. Punca dari akar umbi perlulah dicari, sejajar dengan usaha untuk memperbetul masalah jenayah yang semakin meruncing ini. Tanggungjawab ibu bapa sebagai tonggak keluarga dilihat amat penting untuk memberi didikan agama yang cukup dalam membentuk akhlak terpuji anak-anak. Mereka juga perlu mengawasi kegiatan anak-anak agar tidak terjerumus kepada aktiviti tidak sihat. Peranan ibu bapa terangkum dalam satu matlamat untuk membentuk perwatakan anak-anak sebagai pelapis agar menjadi generasi berguna. Minda generasi muda ini janganlah dirosakkan dengan anasir negatif dari pelbagai sumber yang amat mudah diperoleh. Apa yang penting, luangkan masa bersama anak-anak. Seboleh-bolehnya pastikan masa senggang mereka diisi dengan kegiatan bermanfaat. Malangnya, mentaliti masyarakat kita pada hari ini terlalu mengambil mudah perkara ini. Anak-anak tidak harus dibiarkan terlalu `bebas' dengan alasan mereka sudah dewasa. Pengaruh luar, terutama rakan sebaya dan faktor persekitaran dilihat cukup kuat dan amat mudah meresap ke dalam jiwa, seterusnya membentuk perwatakan yang mungkin berlainan dengan apa yang diajar oleh ibu bapa. Peringkat awal, mungkin mereka akan mula berjinak-jinak dengan rokok, seterusnya najis dadah. Kemuncaknya mungkin sampai merompak dan membunuh jika terdesak kerana pengaruh dadah. Jika akal sudah `rosak', kewarasan fikiran sudah tiada lagi. Hakikat ini harus kita terima. Janganlah kita beranggapan anak kita tidak akan bertindak sampai ke tahap itu. Inilah yang selalu berlaku akibat pelbagai berkemungkinan. Institusi keluarga yang kucar-kacir juga akan menyebabkan nasib anak-anak tidak menentu. Bermula dari sinilah menyebabkan mereka akan bertindak sesuka hati. Memanglah, bukan semua yang menghadapi masalah konflik keluarga, boleh menyebabkan anak-anak terbabit dengan kegiatan jenayah. Namun, risiko ke arah itu tetap ada dan terbuka luas. Logiknya anak-anak akan membawa diri kerana tidak sanggup melihat masalah keluarganya. Pada waktu inilah segala `penyakit' akan hinggap dan berjangkit kepada anak-anak yang mindanya sudah terganggu ini. Untuk lari daripada masalah itu, apa saja boleh berlaku. Tanggungjawab pihak sekolah pula haruslah seiring, sesuai dengan peranannya sebagai institusi pendidikan untuk mendidik pelajar agar menjadi seorang insan berguna dan terdidik. Pendedahan berguna terhadap kesalahan dan akta kesalahan jenayah serta risiko yang bakal dihadapi perlu disematkan dalam jiwa anak-anak. Ini akan menyebabkan mereka menjauhkan diri dengan kegiatan ini. Natijahnya, jenayah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang negara. Kita perlu berpegang kepada falsafah `melentur buluh, biarlah dari rebungnya' dalam mencorak perwatakan anak. Persepsi inilah yang hendak kita semai dan baja kepada generasi muda. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlu memahami dan menaruh kepercayaan penuh kepada pasukan polis untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. Kerjasama kukuh perlu dimeterai agar hubungan polis dengan orang awam sentiasa terjalin akrab. 

PAUZI MOHD ISA, 
Bidor, Perak.

27/05/2015

Siti Hasmah: Varsity life an avenue for students to express themselves

15/01/2003 

Siti Hasmah: Varsity life an avenue for students to express themselves 

CYBERJAYA, Tues. - University life should be an avenue for students to express themselves and become resourceful and creative besides gaining intellectual knowledge. Multimedia University chancellor Datuk Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali said today students must seize the opportunity to cultivate additional skills such as communication, public relations, leadership and organisational skills through co-curricular activities organised by campus societies and clubs. Dr Siti Hasmah, who is wife of Prime Minister Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, said: "With adequate knowledge and skills, university students will be able to play a more significant role in ensuring that our country is at the forefront of the knowledge era, thus enabling us to maintain our competitiveness. "Knowledge is fast becoming an asset and a powerful engine in various enterprises globally. As such, it is imperative that students assimilate and incorporate knowledge, skills and technology in their daily lives and jobs when they have graduated," she said at the launch of MMU's E-Week 2003. Present were MMU president Prof Dr Ghauth Jasmon and E-Week organising committee chairman Lim Ji Fong. Dr Siti Hasmah said MMU was making every effort to prepare its students with the knowledge and technology to succeed in today's world. On E-Week 2003, to run from today until Jan 17, Dr Siti Hasmah said the event was to keep students abreast of the latest developments in the engineering field. "With such fast-paced innovations, we must constantly upgrade ourselves. Many activities have been arranged including a career fair, science fair, circuit design competition and many more." The annual E-Week is organised by the university's Engineering Society. Besides the career and science fairs, seminars and talks by engineering companies will also be held. Dr Siti Hasmah said she was heartened that more girls were taking up engineering. "They are taking it as a challenge. Engineering is not just about Science, Physics and Mathematics but is more than that." Jasmon said the university was trying to attract more people to take up engineering, which has long been perceived as a "dry" and "frightening" field. "We have to try to soften the public view of engineering. On our part, we are striving to develop the curriculum to ensure that engineering graduates turn out as well-rounded individuals."